Saturday, December 12, 2009

antara cinta dan kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga. Sayang awak!!

cinta tiga segi

dalam usia yang tidak terlalu muda nie, alhamdulillah Allah bagi aku melihat dan memahami hati teman yang melalui rasa sakit cinta tiga segi. aku terfikir, begitu sukarkah untuk melepaskan diri dari segala rasa cinta yang tak bertepi tu? memahami jiwa sendiri supaya elak dari luka diri pun susah ke? saya yakin semua tahu, dalam sakit bercinta ada bahagia. cuma mana bahagia tu? bercerita tentang teman saya yang terlibat dalam cinta tiga segi, kesian, sedih, nak marah, pilu & macam-macam timbul dalam benak saya. kalau cinta itu sakit kenapa tidak kita lepaskan pergi? sebab janji Allah itu benar, perempuan baik itu untuk lelaki baik dan begitu juga sebaliknya. tapi ada jua yang mendapat jodoh yang kurang baik walaupun insan itu sudah baik. kenapa semua ujian ini muncul pada diri dia? kerana janji Allah syurga itu tempat mereka-mereka yang mendengar perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA. saya pasti sakit yang di hadapi teman saya bukan sekadar luka belati yang mungkin nampak bila di hiris di pergelangan tangan tapi juga luka hati yang hancur lebur yang sering menjadi bahan mainan. tapi kenapa perlu luka itu sedang yang lain ada yang sudi melegakan. sakit cinta ini membuatkan manusia lupa, leka & alpa menyembahNYA. keyakinan yang hilang menimbulkan syak wasangka buruk dalam dunia. apa itu salah DIA yang telah mencipta kita? atau kita masih belum menyedari kehidupan kita adalah corak dan warna yang kita cari untuk menghiasi luahan hati dan sepi duniawi.

life is not easy

baru-baru nie kawan-kawan hadapi masalah. kadang-kadang yang kita fikir kalau cinta tiga segi tu sakit tapi yang merasainya memang tak sedar ape yang berlaku dalam diri dia. saya akui, bukan mudah mencari cinta sejati tapi tak mudah juga melupakan cinta dalam hati. hakikat dunia ini memang begitu, jika ada pihak yang mencintai ada juga pihak yang ingin di cintai. sakit hati, luka, duri dan kepedihan menajadi akar umbi yang masih tidak jelas di pandangan mata hati insan di sekeliling. mengkinkah kita mengetahui bahawa, setiap apa yang berlaku tu kerana diri kita sendiri. pernahkah kita selidik, yang menjadikan diri itu sunyi, sepi dan kehilangan hati itu, berpunca dari sifat azali kita sendiri. hakikat jua manusia di dunia ini tidak akan menyalahi diri sendiri kerana sering berfikir diri adalah jiwa yang tak mungkin melukai hati sedang sendiri mengetahui kelukaan hati.

Tuesday, March 10, 2009

Cahaya Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

P/s: Mana Cahaya Kita.